Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Jenayah

Lelaki diburu rogol anak tiri 14 tahun sebanyak tiga kali

MARANG – Saban hari, kes-kes pedofilia semakin kerap kedengaran.

Ini kerana, sesetengah lelaki yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa pemuas nafsu serakah membuatkan kes-kes berkenaan semakin meningkat setiap tahun.

Malah, lebih teruk mereka juga sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap ahli keluarga sendiri.

Rogol anak tiri…

Menerusi Twitter, seorang pengguna yang dikenali sebagai Muzhaffar telah memuat naik satu thread mengenai seorang lelaki yang didakawa merogol anak gadis ‘abang’nya.

Menurut Muzhaffar, dia kini giat mencari suspek yang berasal dari Bukit Payong, Marang yang dipercayai sedang bersembunyi.

Baru tingkatan dua weyyy…

Tambah Muzhaffar lagi, suspek yang dikenali sebagai Azaha itu dikatakan telah mengahwini dengan bekas isteri ‘abang’nya dan tinggal bersama-sama anak-anak tiri.

Mangsa yang baru berusia 14 tahun dipercayai telah dirogol sebanyak tiga kali.

Dasar pedofilia!

Thread tersebut telah mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen. Rata-rata berasa geram dengan tindakan suspek yang dilihat seperti haruan makan anak.

Ada juga yang bertanyakan mengapa tidak menyerahkan urusan tersebut kepada pihak berkuasa dan persoalan itu telah dibalas oleh Muzhaffar dengan menyatakan bahawa kes tersebut sudahpun dalam siasatan polis.

Dapat pijak je!

Leave a Reply

Theme by Anders Norén