Lelaki dayus maki hamun, pukul wanita dalam pantang

0
1167

Semalam, tular di Twitter, seorang lelaki yang bersikap kasar terhadap seorang wanita yang masih berpantang di tempat awam.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Lily Amirah, insiden itu berlaku ketika dia singgah untuk makan di restoran Secret Recipe di AEON Taman Equine, Selangor.

Menurut Lily, pertengkaran dikatakan bermula apabila dia melihat wanita itu sedang menangis sambil meriba seorang bayi baru lahir.

Tidak lama kemudian, lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu dilihat menjadi semakin ganas.

Berdasarkan perbualan yang didengar olehnya, lelaki tersebut memaksa wanita itu supaya pulang bersamanya.

Dia bukan sahaja menarik lengan dan juga rambut wanita itu, tetapi juga dilihat mengetuk kepala wanita malang tersebut sehingga sampai satu tahap, bayi yang diribanya itu hampir sahaja jatuh ke lantai.

Pertengkaran pasangan tersebut mengundang perhatian pelanggan lain, sehingga terdapat seorang pakcik yang berani merenung tajam lelaki itu pun telah dijerkah oleh lelaki dayus itu.

“Apa pandang-pandang, bang?”

“Ehh, tempat awam ni dik, mestilah orang pandang”.

Kedua-duanya kemudian keluar dari restoran tersebut seakan-akan ingin menyelesaikan isu tersebut membuatkan Lily memberanikan diri untuk mendekati wanita malang tersebut sambil bertanyakan beberapa soalan.

Rupa-rupanya, lelaki durjana itu merupakan bakal suaminya. Tidak lama kemudian, lelaki tersebut masuk semua ke dalam restoran lalu memaksa semula wanita itu supaya mengikutnya pulang meskipun wanita tersebut menolak.

Keadaan yang tegang itu menjadi reda setelah terdapat pegawai polis yang datnag dan menyuruh lelaki tersebut supaya keluar dari situ. Selain itu, Lily juga mengucapkan rasa syukur dengan adanya beberapa staf restoran tersebut yang berusaha untuk menghalang ketidakwarasan lelaki itu.

Dalam pesanan terakhirnya dalam bebenang tersebut, Lily meminta agar semua wanita di luar sana memilih pasangan yang baik agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.

Dia juga menasihati semua jejaka di luar sana agar tidak berkelakuan kasar terhadap wanita yang berpantang kerana pelbagai kesan buruk boleh datang sekiranya ibu dalam berpantang mengalami tekanan seperti kemurungan, psikosis, bentn dan sebagainya.

Sumber : Twitter Dr. Lily Amirah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here