Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Lelaki ceroboh bilik rawatan, rakam doktor tertidur keletihan

SEORANG lelaki bertindak biadap apabila menceroboh wad kecemasan dan merakam video seorang doktor wanita yang tertidur di atas katil pesakit.

Difahamkan, doktor muda itu tertidur akibat keletihan kerana terpaksa bekerja lebih masa merawat pesakit di wad kecemasan itu tanpa rehat yang cukup.

Bagaimanapun, lelaki itu tetap memarahi doktor wanita terbabit dan melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.

Video tersebut telah tular di media sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang daripada netizen.

Netizen berpendapat lelaki itu tidak sepatutnya menceroboh ke larangan sesuka hati dan menyebarkan video tersebut tanpa mengetahui perkara yang sebenar.

3 Comments

  1. Abdul Halim Yahaya

    Saya sering mendapat perkhimatan perubatan dihospital kerajaan dimana perkhimatan dari semua aspek adalah amat memuaskan. Kadang kala terasa kesihan melihat doktor2 & kakitangan2 hospital bertungkus lumus dengan penuh sabar menjalani tugas masing2 walau pun terdapat ramai pesakit2.

    Perbuatan lelaki meceroboh & mengambil gambar serta memviral gambar2 tersebut adalah perbuatan terkutuk yang tak bertanggung jawab & harus diambil tindakan.

    Yakin yang orang ramai tidak akan membuat tanggapan negative terhadap insiden ini sebab mereka tahu keadaan sebenar dalam Hospital2 kerajaan.

    Keep up the good work Doktor2, jururawat2 & semua kaki tangan2 Hospital Kerajaan.

  2. Mohd Hazhar Yaacob

    Lho ..lo dah kantoi nk skodeng n’tah2 p’rcubaan nk cabul r rogol ..bijak t’ndakan lo nk m’ngelak dari t’rtangkap lp jadi kan cite nie ..sialan lo pria t’rkutuk auta pria pundik buat dalih konon ..Chooooiiii
    #Sajakasibakardengankata2nie ..
    #Kenakantindakantegas ..
    #Penjarakandulusebelumlucutkantaraf ..

  3. Ross Lee

    Mesti ambil tindakan kerana 1) menceroboh bangunan pejabat kerajaan, 2) mengambil curi gambar penjawat awam, 3) memuat naik gambar curi tanpa izin kerajaan Malaysia 4) memuat naik gambar curi penjawat tanpa izin 5) mengaibkan penjawat awam Dan kerajaan Malaysia.

    Bangsat dah terserlah sekarang. Harap2 pihak2 berkuasa segera ambil tindakan “without fear or favour” tiada kompromi.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén