Portal berita terbaik anda

Politik

Lelaki berjubah cetus provokasi depan Guan Eng

KUALA LUMPUR: Laungan provokasi daripada seorang lelaki berjubah berhampiran Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, hampir mencetuskan kekecohan pada Majlis Penutup 8TV CNY Grand Bazaar di tempat letak kereta Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, Guan Eng yang baru selesai merasmikan majlis itu sedang bergambar dengan orang ramai dan ingin masuk ke keretanya, sebelum seorang lelaki berjubah putih tiba-tiba menjerit ke arahnya.

Lelaki yang dianggarkan berusia awal 30-an itu juga dilihat seperti memegang sesuatu yang terselit di pinggangnya dan memarahi pasukan keselamatan yang cuba mengambil barang terbabit.

Keengganan lelaki itu bekerjasama dengan pihak keselamatan selain berterusan membuat provokasi menyebabkan polis terpaksa menahannya bagi mengawal keadaan.

Ketika itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, terus menaiki kenderaannya dan meninggalkan lokasi tanpa menghiraukan lelaki berkenaan.

Ketika ditenangkan pasukan keselamatan dan polis kira-kira 10 minit, lelaki itu terus melawan serta melaungkan takbir beberapa kali sambil bercakap dalam bahasa yang tidak dapat difahami.

Difahamkan, lelaki itu kini dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil.

Loading...

Leave a Reply