Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Lelaki berbaju biru hubungi keluarga arwah, tetapi…

BAPA mentua Allahyarham Syed Muhammad Danial Syed Syakir menerima banyak panggilan dan mesej daripada individu mengakui sebagai saksi berkaitan kes kemalangan di Kilometer 239, Lebuhraya Utara Selatan dekat Kajang, kelmarin.

Mohd Rozhan Ramlee, 57, berkata, saksi tersebut termasuklah lelaki berbaju biru yang dikatakan berada di lokasi kemalangan ketika berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek.

“Bagaimanapun, banyak alasan diberikan termasuk mahu jumpa saya dahulu apabila meminta mereka untuk tampil membuat laporan polis.

“Bagi saya kalau mahu bantu amat dialu-alukan namun jangan ambil kesempatan terhadap insiden ini,” katanya.

Mohd Rozhan berkata, polis juga telah memanggil dua anaknya, Azraei Arief, 22 dan Zafri Amir, 19, untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, hari ini.

“Zafri antara ahli keluarga yang terawal tiba di kawasan kemalangan berkenaan dan membawa Allahyarham ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dibawa ke Nilai Medical Centre kerana klinik berkenaan tutup.

“Azraei yang turut ada bersama beri CPR (bantuan pernafasan kecemasan) kepada menantu ketika dalam perjalanan ke Nilai Medical Centre.

“Selepas ini, saya harap polis dapat menjalankan siasatan secara menyeluruh tanpa menyebelahi mana-mana pihak,” katanya.

1 Comment

  1. hatta

    Saksi kes2 mahkamah ni, pda pndangan saya mmg prlulh bjumpa dgn kluarga waris dlu.. utk brbincang mngenai isu tu dgn details, supaya nnti tkder wjud percanggahan pndpt ataupun laporan swaktu dipanggil sbgai saksi atau pngadu. Sbb yg lainnnya yg prlu Diambil kira… adalh brkenaan masa dn kewangan dn latarblakang saksi…… Yelakn kes mahkamah ni slalunya mmg akn turun naik court”masa pun ikut majestric yg ttpkn. Jdi smua tu kna juga fikir.. dn Anggap lh sbgai dugaan utk mreka yg masih hidup ni dn tkyah nk kata org ikhlas or tk. Tu pda pndangan saya lh…

Leave a Reply

Theme by Anders Norén