Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Lebih separuh kes jangkitan HIV pada 2018 berpunca daripada aktiviti semburit

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pada tahun 1990, penagih dadah menyumbang kepada jumlah terbesar kes jangkitan HIV, namun situasi itu kini jauh berbeza.

Trend yang berbeza dan mengejutkan diperoleh pada tahun lalu, apabila 94 peratus jangkitan kes HIV disebarkan melalui hubungan seksual, di mana hubungan seks sejenis menyumbang 57 peratus kepada keseluruhan kes manakala seks antara berlainan jantina membentuk 37 peratus kes.

Statistik bagi tahun 2018 itu didedahkan menerusi siaran media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini.

Keadaan ini cukup berbeza dengan situasi hampir 30 tahun lalu, kerana kes yang disebarkan melalui hubungan seks heteroseksual hanya menyumbang 5 peratus daripada jumlah jangkitan, manakala hubungan seksual pasangan sejenis langsung tidak mencatat sebarang kes.

Hubungan seks dilihat mula menjadi penyumbang utama kes jangkitan HIV di Malaysia bermula pada tahun 2010, dengan 40 peratus kes.

Dalam tahun yang sama, hubungan sejenis membabitkan pasangan gay mencatat sebanyak 8 peratus kes, sekali gus menyaksikan kes ini mengalami kenaikan sebanyak 80 peratus tahun ini.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan untuk 2018, kes jangkitan HIV yang disebarkan akibat daripada penggunaan jarum yang tercemar hanya membentuk 3 peratus, manakala gabungan penyebab lain seperti jangkitan daripada ibu kepada anak yang belum lahir, pemindahan darah, serta pemindahan organ juga dalam peratusan yang sama.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén