Portal berita terbaik anda

Utama

Lebih 800 jawatan imam, bilal untuk diisi di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri membuka peluang kepada individu yang mempunyai kebolehan untuk mengisi lebih 800 kekosongan jawatan imam dan bilal di masjid kerajaan dan mukim di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat, berkata, antara punca kekosongan jawatan itu disebabkan tidak ramai individu yang berminat dan berkelayakan untuk memikul tanggungjawab itu.

“Di setiap masjid ada tiga imam dan tiga bilal, namun, secara purata kini ada dua imam dan bilal di lebih 500 masjid mukim di seluruh negeri.

“Timbul masalah sekiranya sebilangan imam dan bilal yang sedia ada uzur, calon-calon yang dicadangkan oleh jawatankuasa masjid atau kepimpinan di peringkat kampung pula gagal dalam proses temuduga yang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Haflu Al Takrim Al-Sanawi 2018 Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Eksekutif KQT, Prof. Madya Dr. Ahmad Bazli Shafie, ahli lembaga pengarah dan pengurusan KQT.

Mengulas lanjut punca kegagalan proses temu duga, Satiful Bahri memberikan jawapan sama iaitu berpunca daripada tiada minat yang mendalam terhadap bidang itu.

‘‘Mungkin kerana mereka tidak bersedia semasa temuduga dan tidak begitu berminat tetapi dicalonkan, jadi kegagalan itu menyebabkan mereka tidak lagi mahu melalui proses itu,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri membuka peluang kepada mereka yang mempunyai kebolehan sebagai imam atau bilal untuk mengemukakan permohonan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bagi memenuhi keperluan itu.

“Semua jawatankuasa masjid juga diberi peluang untuk mencadangkan mana-mana nama imam atau bilal yang dikira layak memikul tanggungjawab yang diperlukan itu sama ada di masjid atau surau di Terengganu.

“Mereka yang ada bakat dan berkebolehan boleh memohon kepada JHEAT, memang kita (kerajaan negeri) tawarkan peluang ini kepada mereka yang ada bakat serta pengalaman,” katanya.

Sumber: sinar harian

Loading...

Leave a Reply