Lebih 700 botol terjual, pembeli mengadu sambal berbuih, basi dan busuk!

SIAPA tidak kenal dengan Khairul Aming yang cukup popular dengan perkongsian resepi masakan yang bersahaja di media sosial.

Bagaimanapun, Khairul yang sebelum ini berjaya mencapai jualan Sambal Nyet lebih RM1 juta di Shopee telah mendedahkan masalah yang berlaku di sebalik kejayaan itu.

Ini kerana terdapat beberapa pihak yang tidak dikenali yang menjual produk tiruan di platform eDagang tersebut.


Khairul mendedahkan ada penjual dari Shah Alam telah berjaya menjual lebih 700 botol Sambal Nyet palsu dan mengaku sebagai reseller.

Perkara ini dapat dikesan Khairul apabila ramai pelanggan yang mengadu sambal yang diterima mereka berbuih, basi, berair, busuk dan ada juga yang dapat botol pecah.

Pelik dan merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena, Khairul mendapati Sambal Nyet palsu itu dijual oleh penjual bernama “Masturaaliyah” dan dilihat dari design botol serta rupa sambal juga amat berbeza dengan original Sambal Nyet.

Bagi memastikan Sambal Nyet ini palsu, Khairul telah meminta rakannya untuk membuat pembelian dan mendapati warna sticker yang digunakan cair seperti difotostat.

Tulisan tangan asli Khairul juga dilihat berbeza kerana menggunakan tulisan komputer.

Apa yang lebih menjijikkan adalah bahan yang digunakan untuk membuat sambal itu amat merisaukan kerana sambal berbau minyak goreng ikan yang busuk dan cili pula berkeladak.

Lebih menyakitkan hati lagi apabila penjual terbabit masih mengaku yang itu adalah Sambal Nyet asli walaupun telah menerima banyak komen negatif dari pembeli.

Penjual tu siap boleh marah dan salahkan pembeli sendiri kerana menuduh dia jual Sambal Nyet palsu.


Khairul juga mengakui amat tertekan memikirkan masalah yang berlaku kerana ia pastinya memburukkan jenama Sambal Nyet dan merayu kepada orang ramai supaya tidak membeli dari reseller.

Untuk kes ini, satu laporan polis telah dilakukan dan semoga pihak yang mengambil kesempatan ke atas orang lain ini dapat terima hukuman.

Kredit: Khairulaming

Loading...

Leave a Reply