Portal berita terbaik anda

Utama

Lebih 39 ribu ‘sign’ petisyen, setuju Vivy Yusof letak jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Biarpun sudah memohon maaf secara terbuka menerusi laman Instagram nya, namun nama Datin Vivy Sofinas Yusof atau lebih dikenali sebagai Vivy Yusof terus terpalit dengan pelbagai kecaman netizen.

Terbaru, terdapat sebuah petisyen telah diwujudkan oleh Alumni Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) yang mana menuntut usahawan selebriti ini untuk meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah.

Sebagai info, Vivy telah dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah universiti tersohor berkenaan pada Mei tahun lalu.

Difahamkan petisyen tersebut sudah ditutup, dimana mereka telah berjaya mengumpul 39,869 tandatangan.

Terdahulu, nama Vivy trending di laman Twitter selepas rata-rata netizen bertindak mengecam kenyataannya menerusi ruangan komen balas keluhan rakannya Aleeya Zailan yang menyatakan bahawa golongan miskin sahaja akan ‘kaya’ selepas menerima bantuan, namun akan tiada pekerjaan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Gara-gara komen yang ditinggalkan oleh Vivy, ramai yang telah memberi tanggapan salah terhadapnya.

Loading...

Leave a Reply