Portal berita terbaik anda

Hiburan

Media Indonesia dedah Engku Emran pernah bawa Laudya Cynthia Bella naik belon

Umum mengetahui, kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila dilamar Engku Emran di atas belon udara panas beberapa minggu sebelum melangsungkan majlis pernikahan pada Jumaat lalu.

Terbaru, sebuah agensi media Indonesia, Surya Citra Media melaporkan Emran dikatakan mungkin pernah menaiki belon udara panas tersebut bersama bekas isteri Laudya Cynthia Bella.

Menerusi laporan video di saluran Youtube, media itu menceritakan kembali detik lamaran romantis Emran yang meminta Nabila melihat nota ‘Nikoh Jom’ yang diletakkan di atas rumput sambil menyarungkan sebentuk cincin.

Menurut laporan tersebut lagi, selain itu Emran dan Laudya juga masing-masing dilihat mengikuti akaun @myballoonadventure di Instagram yang menawarkan perkhidmatan belon udara panas berkenaan.

“Lantas benarkah ini petanda jika dulu Bella dan Emran juga pernah menghabiskan waktu berdua di atas belon udara tersebut,” kata media berkenaan.

Setakat ini, video berkenaan menerima hampir 27,000 tontonan selain pelbagai reaksi netizen mengenai perkara tersebut.

Ada yang mendoakan kebahagiaan Emran dan Nabila, malah ada juga individu mengecam tindakan Emran apabila sering gagal melalui perhubungan rumah tangga dengan sebaiknya.

Malah dalam sebuah video lain di Youtube pada 2017, kelihatan pasangan itu bersama Engku Aleesya (anak hasil perkahwinan Emran & Erra Fazira) bersiar-siar di atas udara menaiki belon panas tersebut.

Untuk makluman, ini adalah perkahwinan ketiga bagi Emran selepas dua perkahwinan terdahulu bersama pelakon popular, Erra Fazira dan Laudya berakhir dengan perceraian.

Loading...

Leave a Reply