Portal berita terbaik anda

Utama

Latheefa Koya letak jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM?

PUTRAJAYA — Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya difahamkan telah meletak jawatan.

Menurut sumber, beliau menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam (Rabu 4 Mac).

Tiada alasan yang diberikan ekoran peletakan jawatan itu, menurut sumber berkenaan.

Namun begitu Latheefa hari ini hadir sebagai saksi dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Latheefa dilantik ke jawatan itu atas pekenan Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2019. Kontrak beliau sepatutnya berakhir pada 31 Mei tahun depan.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau dikritik kerana dikatakan membuat pendakwaan terpilih terhadap musuh-musuh politik kerajaan Pakatan Harapan, manakala menggugurkan kes-kes membabitkan para pemimpin parti berkenaan.

Latheefa, atau nama penuhnya Latheefa Beebi Koya pernah menjadi Ketua Biro Hal Ehwal Guaman Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau juga pernah menjadi AJK Angkatan Muda Parti Rakyat Malaysia sebelum PRM bergabung dengan Parti Keadilan Nasional.

Sumber: bebasnews

Loading...

Leave a Reply