Lama tahan lapar, pakcik tertunduk-tunduk makan KFC penuh selera

Lelaki warga emas yang dipercayai hilang tempat tinggal mendapat keprihatinan seorang gadis, Nazira Sanudin yang berkongsi sebuah posting di laman Facebook.

Menurut Nazira, pakcik yang dikenali sebagai Ahmad itu dijumpai berdekatan Sunway Putra Mall di ibu kota dalam keadaan lapar sehingga mengundang sebak dirinya.

Tersentuh hati melihat keadaan tersebut, dia mengambil keputusan untuk membelikan sekotak ayam goreng KFC bagi mengisi perut pakcik terbabit.

“Saya hanya minta tolong viralkan, kongsi bantu pakcik ni untuk mendapat tempat perlindungaan. Kesian pakcik dia berhak mendapat tempat perlindungan, tolong jangan abaikan sesama manusia,” katanya.

Menerusi salah satu video yang dimuat naik, kelihatan pakcik itu duduk sambil menikmati KFC dengan penuh berselera sekaligus menimbulkan rasa kasihan netizen.

Posting berkenaan menerima 2,200 perkongsian dan 1,800 tanda suka dimana rata-rata netizen berharap pakcik itu segera dibantu pihak bertanggungjawab selain mendoakan agar dilindungi Allah SWT.

Loading...

Leave a Reply