Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Laksana pakaian patuh syariah, artis dan gadis litar manis bertudung di Terengganu

BEBERAPA hari lalu, media arus perdana melaporkan Kerajaan Terengganu sedang mengambil kira dan merangka satu garis panduan pemakaian patuh syariah bagi atlet di negeri itu.

Nampaknya, mereka tidak menunggu lama apabila menggunakan kuasa yang ada pada mereka dengan melaksanakan etika pemakaian ketika menganjurkan perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR) bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin,Gong Badak hujung minggu lalu.

Perkara itu dikongsi seorang pengguna Facebook, Amiruddin Mohd Rosdi yang mengucapkan tahniah kepada pihak yang berusaha untuk memartabatkan syariat Islam di negeri Darul Iman itu.

“Kebiasaannya menampilkan artis dan gadis litar yang tidak menutup aurat, tapi kini mereka mengikuti apa yang ditetapkan oleh kerajaan negeri,” tulisnya.

Ini secara tidak langsung membuatkan selebriti wanita yang terlibat seperti Janna Nick, Diana Danielle dan Ain Edruce tampil memakai tudung ketika perlumbaan.

2 Comments

  1. amien

    makin cantik..makin elok dipandang..tetap anggun…berkharisma…dan menjunjung tinggi kesopana….insya allah berkah…

  2. Anon

    Kalau xde gadis xblh ke?

Leave a Reply

Theme by Anders Norén