‘Lain kali follow rapat lagi bang’ – Penunggang basikal nyaris rempuh kereta kerana ekori terlalu rapat

Kebelakangan ini timbul rungutan masyarakat kepada aktiviti berbasikal di jalan raya yang mengundang risiko kemalangan.

Ibarat nila setitik rosak sebelanga kerana perbuatan sekumpulan kecil atau individu yang kurang bertanggungjawab semasa berbasikal telah menimbulkan pelbagai reaksi dan perdebatan dalam kalangan rakyat Malaysia yang melihat kumpulan berbasikal semakin besar kepala di jalan raya.

Ini termasuklah satu kejadian yang tular di media sosial yang mana seorang penunggang basikal nyaris berlanggar dengan sebuah kereta kerana mengekori terlalu rapat.

Menerusi rakaman dashcam kereta tersebut, penunggang basikal itu sempat mengelak ke kanan selepas kereta tersebut memperlahankan kelajuannya ketika melalui satu bonggol jalan raya.

Tidak berakhir di situ, penunggang basikal terbabit memarahi pemandu kereta sedangkan ia adalah kecuaian dirinya sendiri.

“Lain kali follow rapat lagi bang,” sindir seorang netizen.

Video berdurasi 27 saat itu dimuat naik ke group Facebook DashCam Owners Malaysia dan menerima lebih daripada 1,000 komen dari netizen yang rata-rata mengecam cara penunggangan lelaki berkenaan.

Berikut antara komen dari netizen:

Loading...
Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *