Portal berita terbaik anda

Viral

Lagu Pak Kodi dalam sitkom JKK disekat masuk TV, tapi netizen ketawa tak kering gusi

Minggu lalu berakhirnya sudah sitkom J.K.K Kampung Kalut bagi musim ke-5 dengan tema ‘Pak Din Nak Kahwin’ selama 13 episod.

Dalam episod terakhir, ada satu babak yang memaparkan perkahwinan antara Pak Din lakonan Ebby Yus dengan Wangi, lakonan Zizi Kirana telah membuatkan para penonton ketawa tak kering gusi.

Apa yang membuatkan penonton ketawa terbahak-bahak ialah babak Pak Kodi menyanyikan lagu ‘Selamat Pengantin Baru’ buat Pak Din dan Wangi.

Bagaimanapun, babak itu ditapis untuk siaran di televisyen kerana liriknya tidak bersesuaian.

Mana tidaknya, Pak Kodi dengan selamba menukar lirik lagu tersebut kepada ‘Lahanat Pengantin Baru’.

Lagu tersebut kedengaran agak kasar, tapi ramai yang terhibur.

Malah, ada dalam kalangan rakan artis berkongsi video tersebut termasuklah salah seorangnya Azhan Rani.

Azhan memuat naik video tersebut di Instagram miliknya berserta kapsyen ‘kan best kalau ex ko orang melaka, boleh nyanyi lagu ni tanpa syakwasangka dan sengketa…!”

Menurut Azhan, babak tersebut adalah penutup terbaik dalam sitkom  J.K.K Kampung Kalut musim kelima.

Rata-rata netizen juga turut tidak pecah perut ketawa menonton babak tersebut, memang kali ini mengena sungguh lawak Ropie sampaikan ramai yang ulang kali tengok.

Terkeluar air mata gelak

Ropie tak pernah mengecewakan

Sumber: Azhan Rani

Loading...

Leave a Reply