Lagi 2 minggu nak bernikah, bakal pengantin maut tersepit lif

MEDAN – Seorang bakal pengantin dilaporkan maut akibat tersepit lif dalam satu kejadian di Tanjung Morawa, Sumatera Utara kelmarin.

Lapor Tribunnews, mangsa yang dikenal pasti sebagai Widia Wati, 24, tersepit lif di tempat kerjanya di sebuah bilik pameran motor di Tanjung Morawa.

Ketua Kampung Tanjung Baru yang merupakan tempat tinggal Widia, Azman Ginting memaklumkan bahawa wanita itu bakal bernikah pada 30 Januari ini.

Katanya, keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kematian Widia dan sudah dibawa ke hospital untuk menuntut jenazah.

Sementara itu, bakal suami Widia, Sandri Sinaga melahirkan rasa sedih berhubung kejadian yang menimpa bakal isterinya.

Loading...

Leave a Reply