Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Info

Ladang mayat, tempat ahli forensik polis buat praktikal

ADA satu tempat yang dinamakan sebagai Body Farm. Tempat ini merupakan tempat kajian sains bagaimana tubuh manusia mereput. Biasanya terdiri dari ahli forensik polis, sebab itu pihak polis boleh anggar berapa hari orang itu mati disebabkan kajian dari body farm ini.

Sebelum tahun 70an, kajian pasal benda ini banyak dilakukan menggunakan babi tapi semua tu berubah apabila seorang doktor yang bernama Dr William Bass membuat ladang manusia reput ni pada tahun 1972 di Universiti Tennessee, Amerika Syarikat.

Pada awalnya, Dr William mendapat idea untuk buat ladang ini kerana dia diberikan tanggungjawab untuk mengenalpasti mayat-mayat anggota tentera yang terkorban dalam Perang Saudara.

Suatu hari, dia terlihat sebuah kubur milik seorang panglima tentera dalam keadaan terusik.

Dr William melihat mayat di dalam keranda itu masih dalam keadaan baik seolah-olah baru meninggal dunia.

Beliau beranggapan mayat itu bukanlah milik panglima tentera tetapi mayat orang lain yang dibunuh di tempat lain dan kemudiannya diletakkan di dalam kubur lama tersebut.

Namun, selepas membuat kajian, beliau rupa-rupanya silap. Mayat itu kelihatan baru disebabkan keranda yang dipakai tu kedap udara.

Dari situ, Dr William  mendapat idea untuk membuat kajian lanjut bagaimana manusia ini mati dan mereput untuk membantu pihak forensik.

Kebanyakan mayat yang ada di ladang ini terdiri dari mayat penderma-perderma dan mayat yang tidak berwaris.

Dekat ladang ni ada lebih kurang 1700 mayat untuk dikaji dan dikatakan 4000 lagi menanti, dah ada orang sudi serahkan mayat sendiri untuk dibuat kajian lanjut.

Mayat dibiarkan dalam beberapa cara, contohnya dalam air, dalam semak, dan ada juga mayat diletakan dalam sangkar. Hasil dari kajian tu kita akan tahu perbezaan dan berapa lama untuk mereput.

Contoh apa jadi kalau mayat orang bunuh dan buang dalam sungai atau lombong, jadi polis akan guna maklumat dan data yang diperolehi dari tempat macam ni.

Terdapat 7 tempat macam ni di Amerika Syarikat dan yang paling besar terletak di Universiti Texas yang seluar 26 ekar.

2 Comments

  1. Faz

    Kenapa tak letak kredit kepada penulis asal!?

  2. Anonymous

    Macam pernah baca article ni kat fb. Boleh letak link asal tak min?

Leave a Reply to Cancel reply

Theme by Anders Norén