Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Kurang ajar, jalur putih Jalur Gemilang ditukar hitam

SEORANG jutawan, Tan Sri Lee Kim Yew bersikap melampaui batas apabila bertindak menukar warna bendera Malaysia daripada jalur putih kepada jalur hitam, lapor NTHQiBord.

Ia adalah sebagai tanda protes dalam isu pengenalan tulisan khat yang menjadi topik hangat sejak beberapa hari lalu.

Tulis Kim Yew, beliau mendapat inspirasi jalur hitam itu daripada cadangan kasut hitam Menteri Pendidikan Maszlee Malik, sambil dalam nada sinis menyindir menteri itu bahawa bendera hitam juga turut akan dilaksanakan di sekolah.

“Ini mungkin akan menjadi projek terbaru yang akan diperkenalkan oleh KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) selepas pengenalan Jawi sebagai subjek wajib, ini juga adalah keutamaan daripada ‘Tangkap Jhow Low’ atau ‘Kes Najib’,” tulisnya.

Bagaimanapun, hasil semakan mendapati hantaran di media sosial itu telah dipadam oleh Kim Yew.

Namun hantaran tersebut masih lagi kekal di laman blog ahli perniagaan dengan pandangan beliau yang panjang lebar, yakni menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan yang tidak fokus membentuk Malaysia Baharu.

“Ia adalah masa yang tidak tepat untuk memperkenalkan Jawi di sekolah-sekolah rendah secara berwajib. Kenapa tergesa-gesa? Malah lebih teruk lagi, kami dengar bahawa cadangan ini adalah cadangan dari kerajaan terdahulu!” tulisnya.

Kim Yew, merupakan seorang taikun perniagaan yang berjaya dan memiliki Country Heights Holdings, serta beberapa syarikat konglomerat lain di Malaysia dan rantau Asia.

Ahli perniagaan itu gemar menulis dalam blog rasminya leekimyew.my/blog mengenai situasi politik tanah air, termasuklah menggesa rakyat Malaysia untuk ‘wake up call’ dengan memilih Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum ke 14.2019.

2 Comments

  1. Lt lol Jalil Ithnin ( B)

    Lee Kim Yew should b charge for showing disrespect to our National Flag and imprisoned for this offence.As a TS he showed a very bad example to younger generation and the general public as a whole.Look at our neighbour Singapore what did they do to the boy who burnt Singapore flag .7 yrs imprisonment and fine.If Lee Kim Yew doesn’t like this country , well by all mean leave ….

Leave a Reply

Theme by Anders Norén