Kumpulan pertama pesakit Covid-19 di Ipoh sudah pulih dan dibenarkan pulang

KUALA LUMPUR – Kumpulan pertama pesakit Covid- 19 daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun yang sudah pulih sudah dibenarkan pulang.

Gambar sekumpulan bekas pesakit di Ipoh, Perak itu dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah di Twitternya malam ini

“Kumpulan pertama pesakit Covid- 19 daripada Hospital Bainun sudah pulih dan boleh balik. Alhamdulillah,” ciapnya malam ini.

Beliau turut memuatnaik gambar sekumpulan pesakit Covid-19 terbabit yang kelihatan bersiap untuk keluar dari hospital bersama beberapa kakitangan hospital.

Berdasarkan pakaian kira-kira 12 atau 13 bekas pesakit Covid-19 itu mereka mungkin sebahagian daripada pesakit dari kluster tabligh.

Pada hantaran itu, rata-rata netizen mengucapkan syabas kepada pasukan barisan hadapan hospital berkenaan dan kepada Noor Hisham.- MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply