Kucing peliharaan mati direndam anak tetamu datang beraya

0
3474

Sayu dan terkilannya rasa di hati apabila melihat gambar empat ekor anak kucing yang mati lemas disebabkan perbuatan anak-anak tetamu yang datang beraya di rumah pengadu. Meskipun redha dengan takdirnya, namun pengadu yang hanya dikenali sebagai ‘NB’ memohon ibu bapa mengawasi anak masing-masing apabila beraya di rumah saudara mara atau kenalan.

Janganlah dibiarkan anak mencerobohi kawasan atau sempadan dalam rumah orang yang tidak sepatutnya. Ajar dan didik anak untuk berasa malu dengan perangai nakal mereka. Semoga pengadu tabah dan moga apa yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada semua agar ianya tidak berulang lagi.

KRONOLOGI

1. Kawan abang datang rumah beraya, selepas kitorang mandi manda di Sungai Lopo, Hulu Langat.

2. Rumah aku dua tingkat, anak-anak kucing dikurung di tingkat atas. Selepas sampai di rumah, aku naik ke bilik sekejap. Kemudian, kakak aku panggil dan aku pun turun. Bila kakak aku naik ke atas, dua orang budak ini ikut kakak aku.

Sebelum kakak aku naik, budak-budak dah naik atas dulu untuk lepaskan anak kucing ini. Tetapi, kakak aku dah masukkan balik dan pesan jangan buka. Aku suruhlah kakak aku turun sebab budak-budak itu bermain-main di tingkat atas.

3. Kakak aku turun dan diorang pun turun. Aku tengah nak bersiap-siap keluar.

4. Aku dah keluar dan apa yang terjadi ini adalah apa yang diceritakan oleh kakak aku kepada aku.

5. Lebih kurang 15 minit selepas aku keluar, ketika yang lain sedang sibuk bersembang di bawah, dua beradik ini memang sejak dari sampai ke rumah ini dok turun naik tangga. Kakak aku tak sangka diorang naik atas.

Tiba-tiba si abang dengan adiknya datang beritahu ibu diorang yang kucing main air. Masa itu kakak aku ada di depan mak dia. Kau faham-faham sajalah bahasa budak-budak. Kejap faham, kejap tak faham. Kakak aku yang seorang ingat, budak ini bagi air kat kucing, itu yang dia buat tak tahu.

Kemudian diorang sambung bersembang dan tak terfikir langsung nak periksaan keadaan anak-anak kucing di tingkat atas. Agak lama juga diorang bersembang.

6. Bila diorang balik, kakak-kakak aku, Eja dan Eno pun naik ke tingkat atas. Eja, bertanya pada Eno, mana anak-anak kucing-kucing itu? Eja ingat aku letak dalam bilik aku.

7. Eno dah mula cuak, teringat dengan apa yang dikatakan oleh budak-budak tadi. Pagi sebelum itu, aku ada mop lantai, aku guna tong kecil. Air tak ada pun dalam tong itu. Eno dalam keadaan cuak, periksa anak-anak kucing kalau ada dalam tong kecil itu, tetapi tak ada.

8. Di atas rumah aku ada satu tong besar dan ada penutup. Aku isi air, takut kalau air tak ada nanti. Eno suruh Eja periksa dalam tong itu sebab dia dah mula syak anak-anak kucing ada di dalam tong itu. Bila Eja buka, dia menjerit ada anak kucing dah mati di dalamnya. Dia tak berani nak ambil. Mak aku yang tolong ambilkan anak-anak kucing ini.

9. Budak ini sepasang yang buat. Seorang berusia 5 tahun dan seorang lagi berusia lingkungan 4 atau 3 tahun. Kedua-duanya adik beradik. Tetapi tak pasti siapa yang pergi rendam anak-anak kucing ini.

IBU BAPA AWASILAH ANAK-ANAK ANDA

Tujuan saya kongsikan perkara ini hanya untuk mengingatkan ibu bapa untuk perhatikanlah anak-anak anda. Tuan rumah tidak boleh nak mengawasi anak anda setiap masa kalau ada ramai tetamu. Kasihanlah pada tuan rumah yang perlu menjaga semua.

Korang kena tahu, ada benda yang sangat berharga bagi tuan rumah, mungkin susah dia nak dapatkan. Takkanlah tuan rumah nak marah anak-anak korang? Koranglah yang patut mendidik anak-anak dari rumah.

Dulu kalau saya adik beradik pergi beraya di rumah orang, mak selalu beri amaran sebelum sampai ke rumah orang. Tengoklah kalau kitorang terkinja-kinja di rumah orang, keluar saja dari rumah orang, memang kena cubit atau pukul.

Untuk pengetahuan semua, ibu bapa kepada budak ini tak tahu pun perbuatan anaknya terhadap anak-anak kucing saya. Dan kitorang tak beritahu pun. Ibu bapa budak ini baik, tapi mungkin silap mereka tak jaga anak semasa berada di rumah saya.

Saya terima takdir anak-anak kucing saya mati, walaupun sedih. Saya minta tolong jaga bahasa anda (netizen), jangan sampai terfitnah ibu bapa budak ini. Jangan cakap melebihi pengetahuan anda.

Saya tahu budak ini tak salah, budak yang belum boleh berfikir mana buruk dan mana baik. Tetapi perhatikanlah anak-anak anda. Itu anak anda. Kang aku sepak kau, kau sepak aku balik. #tiber. Aku pun geram gila, tapi nak buat macam mana dah takdirnya begitu.

Tolonglah sangat jangan kata “Ini mesti mak bapak yang ajar aniaya binatang. Bla.. bla.. bla…”, itu korang dah fitnah mereka.

Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari saya. Saya tak nak keruhkan keadaan lagi.

Sumber: NB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here