Portal berita terbaik anda

Hiburan

Kucing kesayangan Ashraf Sinclair mati akibat terlalu rindukan arwah

SIAPA yang tidak sedih apabila kucing peliharaan yang dibelai penuh kasih sayang akhirnya mati di depan mata.

Kucing kesayangan milik keluarga penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) yang diberi nama Toni dipercayai mati akibat terlalu merindui Allahyarham pelakon Ashraf Sinclair.

Menerusi Instagram BCL pada Jumaat, kucingnya itu melalui saat yang sukar sehingga tidak mahu makan selepas suaminya meninggal dunia pada 18 Februari lalu.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Cinta Sejati itu reda dengan kematian haiwan peliharaan mereka itu yang sudah membawa kebahagian dan menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.

“Dear Toni, terima kasih kerana membawa kegembiraan di rumah kami selama ini. Kucing paling cerdik dalam rumah ini. Didukung daddy sambil melihat cicak selalu menjadi masa kegemaran awak.

“Saya tahu kamu sudah berjuang, dua bulan yang agak sukar untuk kamu. Tidak memahami apa yang terjadi. Ia sangat sukar untuk kamu makan dan kamu menjadi semakin lemah hari demi hari.

“Tapi kamu seorang pejuang. sehingga kamu tidak mampu lagi. Berehat dengan tenang Toni… Kami sayang kamu. Terima kasih menjadi sebahagian daripada hidup kami.

“Anda akan dirindui. Sampaikan salam sayang kepada daddy di sana,” Tulis BCL yang turut memuat naik foto kucing kesayangannya itu di Instagram.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih dan mendoakan agar BCL sekeluarga kuat serta tabah mengharungi dugaan yang mendatang pada tahun ini.

Allahyarham Ashraf Sinclair menghembuskan nafas terakhir di di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), di Kuningan, Jakarta pada 18 Februari lalu selepas mengalami serangan jantung.

Dalam pada itu, ibu kepada arwah Ashraf iaitu Khadijah A Rahman juga berkongsi berita sedih tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

“Ya Allah. Kucing kesayangan Arwah Ashraf sudah pulang ke Rahmatullah juga,” katanya.

Ashraf dan BCL mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta dan pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki Noah Aidan Sinclair, 10.

Loading...

Leave a Reply