Portal berita terbaik anda

Dunia

Kucing disahkan positif Covid-19 selepas berjangkit dari pemiliknya

Seorang wanita telah menjangkiti kucingnya dengan koronavirus baharu (Covid-19), dedah pihak kesihatan Belgium hari ini, lapor Daily Mail.

Ketua Penyakit Berjangkit di Institut Kesihatan Negara, Steven van Gucht dalam sidang media memberitahu, virus itu ditemui dalam haiwan peliharaan tersebut.

“Kucing itu tinggal bersama tuannya, yang mula menunjukkan simptom-simptom gejala virus berkenaan seminggu sebelum kucing itu,” katanya.

Kes itu merupakan laporan kes pertama kucing dijangkiti koronavirus di Belgium dan sebelum ini Hong Kong melaporkan dua ekor anjing peliharaan juga didapati positif Covid-19.

Bagaimanapun Steven berkata, kes itu merupakan kes terpencil.

“Kucing itu mengalami cirit-birit, muntah dan mengalami kesukaran untuk bernafas. Para penyelidik menemui virus dalam najis kucing tersebut.

“Kami mahu menekankan bahawa kes ini adalah kes terpencil. Tambahan, dalam kes ini kita bercakap mengenai pemindahan (virus) dari manusia ke haiwan, bukan sebaliknya.

“Tiada petunjuk bahawa ini adalah perkara biasa. Risiko pemindahan (virus) haiwan ke manusia adalah sangat kecil,” katanya.

Sementara itu dalam kenyataan terkini pihak kesihatan Belgium berkata,tiada bukti bahawa virus dari haiwan peliharaan berpindah ke manusia atau haiwan peliharaan lain.

Justeru, semua pemilik membawa haiwan peliharaan mereka ke klinik untuk pemeriksaan sekiranya haiwan mereka menunjukkan simptom-simptom koronavirus.

Sementara itu, bagi individu yang disyaki positif Covid-19 adalah dinasihatkan untuk menjarakkan diri dengan haiwan peliharaan, termasuk tidak menyentuhnya.

Loading...

3 Comments

  1. Ada Amran

    Hello Admin, saya dengan rasa humble nya igin meminta supaya diturunkan article sebegini. Article ini tidak mendatangkan apa apa manfaat kepada kita semua rakyat Malaysia yang mana berada dalam situasi genting sekarang. Adalah baiknya jika article yang dapat menjana dan merangsang fikiran tatkala kita berada di dalam MCO dari dijamukan dengan article ‘cedok’ yang akan mendatangkan musibah kepada haiwan haiwan di luar sana. Tidak semua rakyat Malaysia boleh menghadam artikel sebegini, ada yang menerimanya secara bulat bulat, ada pula yang against tanpa fakta sahih dari kerajaan Malaysia. Lebih baik kita tumpukan kepada yang lebih penting bagaimana mahu menangani dan menghentikan epidemic ini. Sila bertanggungjawab dan beretika ketika menyampaikan hebahan.

  2. yartsa gunbu

    Klau manusia kena virus ni , kita dah sedih sgt2 .
    ini kan pulak haiwan. Segala prasaan menyelubungi.
    Ouhh…..
    :'(

Leave a Reply