Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Kucing bunting disimbah minyak panas, gigih lahirkan anak dalam keadaan melecur

Seekor kucing betina yang sarat mengandung terpaksa menanggung derita akibat disimbah dengan minyak panas oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Kucing malang itu ditemui oleh seorang wanita yang kemudian membawanya pulang ke rumah untuk dirawat.

Menurut Nora Wafeeqa, dia menemui kucing yang diberi nama Angel itu dalam keadaan tidak bermaya selepas terhidu bau seakan-akan daging masak.

Nora yang terkejut melihat keadaan Angel memberitahu, dia tidak menyangka ada manusia yang sanggup menganiaya binatang dengan begitu kejam.

Nora berkata, walaupun dalam keadaan cedera parah, Angel berjaya melahirkan empat ekor anak kucing comel yang dikemudiannya diletakkan bersama ibu tumpang untuk disusukan.

Kata Nora lagi, selepas menerima rawatan rapi dari doktor haiwan, keadaan Angel kini beransur pulih walaupun ianya tidak seperti dulu lagi.

Loading...

5 Comments

  1. Pinochio

    Celaka btl org tu

  2. apelhunny

    Subhanallah… syafakallah pada haiwan kesygan nabi….. semoga cepat sembuh dan sehat seperti sedia kala… semoga di lindungi allah….. siapa la da buat khianat ni….. allahu akbar

    • Maya

      Alhamdulillah akhirnya masih hidupšŸ˜¢ sungguh betapa kejamnya orang yang menyiksa hewan yg sedang mengandung apalagi itu hewan kesayangan nabi muhammad. semoga orang yang menyiram secepatnya mendapat hidayah

  3. Ujang awis

    Harusnya kamu mikir dulu untuk melakukan itu, aku sebagai pecinta kucing tidak ingin anda berbuat lagi pada kucing lain..camkanšŸ˜„

  4. Jimmy

    Ngetik kok salah salah sih

Leave a Reply

Theme by Anders Norén