Portal berita terbaik anda

Politik

‘Saya tidak akan merangkak jumpa Mahathir’ – Ku Li

KUALA LUMPUR – Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau tidak akan bertemu dengan bekas Presiden Umno Tun Dr Mahahir Mohamad semata-mata untuk mendapatkan nasihat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertemuan Pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan perdana menteri itu Khamis lalu di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai ku Li berkata, sekiranya beliau memimpin Umno, beliau tidak akan pergi mendapatkan nasihat daripada mereka yang tidak lagi sehaluan dengan parti.

“Hendak buat apa. Saya ketua parti lain dan dia tidak lagi bersama kita. Dia dah tinggalkan parti kita.

“Dia tinggalkan parti kita dengan Anwar Ibrahim. Jadi tuan-tuan boleh buat kesimpulan sendiri, kenapa saya mesti merangkak jumpa dia?” katanya.

Dalam pertemuan Khamis lalu, Dr Mahathir menjelaskan, Ahmad Zahid bertemunya untuk mendapatkan nasihat berhubung apa yang berlaku dalam Umno sehingga parti itu ditolak dalam PRU14 baru-baru ini.

Dr Mahathir juga mendakwa, Umno sudah mengkhianati orang Melayu dan telah berubah dengan mengutamakan kekayaan diri malah jika dahulu parti itu dipandang mulia tetapi sekarang sudah dipandang jijik.

Pada PRU14 lalu, BN memenangi 79 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi dipertandingkan.

Loading...

Leave a Reply