Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Kos penganjuran SUKMA RM400 juta, tetapi SUTERA hanya RM750 ribu – Exco

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri mencipta penanda aras baru dari aspek kejayaan melakukan penjimatan kos dalam penganjuran sukan.

Menurutnya, kejayaan itu jelas dapat dilihat apabila membandingkan kos penganjuran Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 dengan perbelanjaan untuk menjayakan Sukan Malaysia (SUKMA) 2020.

“Penganjuran SUKMA 2020 di Johor memerlukan kos hampir RM400 juta tetapi kita di Terengganu dapat mengelolakan SUTERA 2019 dengan kos hanya RM750 ribu sahaja. Ini yang saya katakan penanda aras yang baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Temasya SUTERA 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak, lapor portal berita kerajaan negeri, teganukita.net

Wan Sukairi berkata, penanda aras yang baru juga diperolehi apabila temasya berjalan dengan sempurna tanpa ada sebarang protes yang besar.

“Ini menunjukkan integriti pengadilan yang baik. Kita perlu kekalkan momentum yang baik ini sekiranya kita ingin membangunkan sukan yang melibatkan penyertaan yang ramai,” jelasnya.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén