Portal berita terbaik anda

Utama

Koronavirus: Elak dijangkiti, ratusan warga China ‘lari’ ke Langkawi

Tular di media sosial gambar-gambar yang memaparkan ratusan pelancong China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) awal pagi tadi.

Menurut laman Facebook Muslim Guide, difahamkan kira-kira 180 pelancong dari Nanjing tiba hari ini menjadikan jumlah keseluruhan pelancong China di pulau pelancongan itu kini mencecah 3,600 orang.

Menurut FB Muslim Guide, semua pelancong itu datang menerusi penerbangan sewa khas dipercayai untuk ‘lari’ daripada wabak koronavirus yang sedang melanda negara mereka.

Muslim Guide turut mempersoalkan tindakan imigresen Langkawi yang membuka pintu seluas-luasnya buat pelancong asing China ini sedangkan di KLIA proses kemasukan telah diketatkan sejak wabak tersebut mula menular.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Shahrul Nizam yang melakukan misi program sukarelawan di Langkawi turut berkongsi sebuah posting setelah terserempak dengan ramai warga China di lapangan terbang.

Shahrul juga mengharapkan pihak kerajaan menghalang kemasukan pelancong China buat sementara sehingga wabak koronavirus kembali reda.

Loading...

1 Comment

  1. May

    Harus halangkan warga China masuk ke negara Malaysian sekarang … kerana takut Warga China membawa virus korona kepada semua warga Malaysia…

Leave a Reply