Kor Ming, isteri terima RM101,160 sebulan

0
749

KUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mencatat pendapatan bulanan tertinggi dalam kalangan Ahli Parlimen dan pegawai pentadbiran kerajaan.

Berdasarkan portal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pengerusi DAP Perak yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan yang turut memasukkan nama isterinya itu menerima pendapatan sebanyak RM101,160 sebulan.

Pasangan terbabit turut mengatasi kedudukan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang sebelum ini mengisytiharkan pendapatan bulanan bersama isterinya sebanyak RM86,464.92.

Tempat ketiga diduduki oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew dengan jumlah pendapatan RM84,422.50.

Setakat ini, sebanyak 112 Ahli Parlimen sudah mengisytiharkan pendapatan masing-masing dan maklumat terbabit boleh diakses umum melalui my declaration.sprm.gov.my mulai 1 November lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here