Portal berita terbaik anda

Utama

‘Koperal Kimi pergi jua, berakhir sudah penderitaanmu’

SEORANG anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Koperal Mohd Hakimi Talib meninggal dunia akibat kanser perut, malam tadi.

Mohd Hakimi, 35, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya pada 9.58 malam.

Berita pemergian Allahyarham turut dimaklumkan menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi SMART, pagi ini.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Koperal Mohd Hakimi Talib yang pernah bertugas di seksyen heavy USAR 4, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah kembali ke rahmatullah pada 31 Mac 2021 JAM 9.58 malam tadi di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya.

“Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan Semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga Allah permudahkan urusannya di sana. Al-Fatihah,” katanya.

Difahamkan, Allahyarham Mohd Hakimi meninggalkan seorang isteri dan dua anak yang masih kecil.

Sementara itu, rakan-rakan Allahyarham turut sama menitipkan ucapan takziah buat ahli keluarganya selain mendoakan agar mereka tabah dengan ujian ini.

Loading...

Leave a Reply