‘Pilunya pemergianmu, doakan yang baik-baik buat Koperal Annuar Rizan’

KOTA TINGGI – Seorang anggota polis ditemui mati tergntung di atas pokok di tepi sungai berhampiran Taman Kanak-Kanak, Kota Tinggi di sini semalam.

Mayat anggota berpangkat Koperal itu ditemui pada pukul 12.55 tengah hari tergntung pada dahan sebatang pokok oleh orang awam.

Difahamkan, mngsa yang berusia 30 tahun itu merupakan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Md. Yusof Ahmad berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati tiada kecderaan atau unsur-unsur jnyah ke atas badan mngsa.

“Siasatan kita juga mendapati mngsa yang berasal daripada Kuching, Sarawak dipercayai membnuh diri selepas mengalami kemurungan.

“Mngsa juga pernah mendapatkan rwtn psikiatri di hospital berhubung masalah kesihatan yang dialaminya,”katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Md. Yusof berkata, siasatan lanjut berhubung punca mngsa bertindak demikian masih dijalankan dan setakat ini polis klasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Ujarnya, jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kuching, Sarawak untuk dikebumikan hari ini. – K! ONLINE

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *