Portal berita terbaik anda

Dunia

Konon mampu sembuhkan Covid-19, kucing hitam direbus untuk dibuat pes penawar

Selepas berlaku penyebaran palsu kononnya kucing hitam boleh menjadi penawar kepada Covid-19, sekumpulan masyarakat di Vietnam membunuh dan menjadikan kucing hitam sebagai pes, yang dipercayai boleh mengubati Covid-19.

Memetik laporan The Sun UK, pertubuhan No To Dog Meat di negara itu berkata, kucing terlebih dahulu akan direbus, disiat kulit dan dimasak sehingga menjadi pes sebelum dimakan.

Beberapa keping gambar yang dikirim oleh pertubuhan tersebut juga menunjukkan gambar seorang kanak-kanak yang dipercayai sedang meminum pes daripada haiwan tersebut.

Menurut pengasas pertubuhan tersebut, Julia de Cadenet berkata, sehingga kini masih tiada bukti yang mengesahkan bahawa ramuan daripada kucing hitam kedalam ‘ubat’ tersebut mampu mengubati Covid-19.

“Pandemik ini bukan alasan untuk menjadikan haiwan tidak berdosa sebagai pengubat,” memetik kenyataan beliau. -SuaraTV

Loading...

Leave a Reply