Kongsi gambar menjolok mata, Amelia Henderson tarik perhatian lelaki ‘pervert’

Sejak kebelakangan ini, kelibat pelakon Amelia Henderson jarang muncul di kaca televisyen walaupun beliau pernah membintangi drama Jangan Benci Cintaku yang mencetuskan fenomena sebelum ini.

Namun jika dilihat menerusi laman sosial Instagram miliknya, pelakon berusia 24 tahun itu rupa-rupanya sibuk melancong ke beberapa lokasi menarik di luar negara.

Baru-baru ini, Amelia atau nama sebenarnya Putri Noor Amelia Thripura Henderson Abdullah telah memuat naik gambar ketika berada di New York sehingga mengundang perhatian netizen dan mencetuskan perbalahan sesama mereka.

Gambar tersebut menujukkan Amelia memakai ‘bra’ bagi mempromosikan sebuah jenama pakaian dalam.

Penampilan sebegitu sudah tentu menerima komen-komen berunsur ‘pervert’ daripada segelintir individu membuatkan netizen lain bengang dengan sikap masing-masing.

Ada juga yang kecewa dengan cara penampilan Amelia yang tidak segan silu menayang ‘aset’ di khalayak umum.

Namun bagi peminat setia Amelia, mereka menerima seadanya dan menganggap ia sesuai kerana kelihatan ‘daring’ dan menawan pada pandagan mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here