Portal berita terbaik anda

Viral

Koma selepas bersalin, ibu bayi kembar meninggal dunia

Seorang ibu muda yang koma selepas melahirkan bayi kembar pada 31 Mac lalu meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pagi tadi.

Berita duka itu dikongsi seorang pengguna Facebook, Nurul Asma Salsabila yang memuat naik gambar ketika pernikahan arwah Nasuha Shafie dan suaminya yang dikenali sebagai Mie.

“Setelah 14 hari koma, selepas dia beranak anak kembar pada 31/3/20. Baby Alhamdulillah sihat sempurna, Dua-dua baby girls. Semoga syahid buatmu adik Suha.. Aamiin,” tulisnya.

Terdahulu, Mie memuat naik sebuah video istimewa setelah merindui isterinya yang tidak sedarkan diri sehingga tiba ajal wanita itu dijemput Ilahi.

“Sayang biy rindu sayang. Semua orang rindu sayang. Sedar la sayang, anak kita tunggu sayang. Biy tak tahu nak buat macam mana dah,” katanya.

Besar pengorbanan seorang wanita untuk melahirkan zuriat tercinta. Salam takziah buat keluarga arwah! Moga ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Aaminn..

Loading...

Leave a Reply