Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

KKM keluarkan senarai 11 daerah zon merah Covid-19

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 11 daerah yang dikategorikan sebagai zon merah dengan penularan wabak Covid-19 melebihi 41 kes.

Antara daerah yang terlibat iaitu Lembah Pantai dengan 167 kes positif Covid-19, Petaling Jaya (167), Hulu Langat (132), Seremban (78), Johor Bahru (68), Kluang (54), Gombak (53), Titiwangsa (49), Kota Bharu (48), Hilir Perak (48) dan Kinta (41).

Berikutan itu, penduduk di semua daerah tersebut dinasihati supaya meningkatkan lagi langkah pencegahan.

“Ingat, duduk di rumah dapat memutuskan rantaian Covid-19. Duduk di rumah demi kebaikan diri anda sendiri. Duduk di rumah demi kesihatan ibu, ayah, anak-anak kecil mahupun datuk dan nenek kita,” kata KKM dalam hantaran di Facebook hari ini.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén