Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

‘Kita terhutang budi kepada Dr Zakir Naik, tak mampu berdakwah sepertinya’ – Ebit Lew

MALAM-malam sebak doakan Dr Zakir Naik. Saya sangat sayang dan hormat pada beliau yang kuat berdakwah siang malam. Penat berhabisan dakwah ke sana sini. Berat ujiannya. Diancam dan disusahkan di negara sendiri kerana dakwah.

Kini rahmat Allah, beliau berada di negara kita. Allah tidak berhajat kepada sesiapa. Maha suci Allah. Kita berhajat pada rahmat dan kasih sayang Allah.

Jadilah pembantu agama Allah. Kita terhutang budi padanya kerana beliau menjalankan dakwah Islam pada semua. Saya tak mampu buat sepertinya.

Dakwah tanggungjawab kita semua. Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran merupakan satu perintah Allah yang sangat besar. Kebaikan terbesar ialah Laa ilaha ilallah. Maksiat terbesar mensyirikkannya. Tidak kenal tuhan. Ya Allah jagakanlah beliau dan keluarganya.

Ya Allah berilah hidayah pada menteri dan musuh-musuh yang menentangnya. Sedih luka hati bila orang Islam yang diberi kuasa ada yang suruh beliau balik.

Janganlah pernah mengusir orang berdakwah. Dan jangan halang kerja dakwah atau ceramah mengajak pada Allah dengan bukti yang jelas dan nyata. Yang menyeru kepada Allah siang malam.

Jadilah pembantu agama Allah. Takutlah azab dan kemurkaan Allah. Lihatlah sejarah dulu buat yang membantu agama Allah dan yang menentangnya.

Tiadalah yang lebih besar dan lebih utama lebih dari Redha Allah. Dialah Raja dan Pemilik segala-galanya. Allah Maha Berkuasa.

Ebit Lew

1 Comment

  1. Oleh kerana sesetengah yang tidak berpuashati dikalangan orang2 ISLAM sendiri disebabkan mereka tidak memahami BAHASA yang digunapakai oleh DZN. Sedangkan DZN mengunakan ayat2 yang diambil terus dari Al-quran. Ini bagi tujuan melahirkan KEBENARAN yang terkandung didalam Al-quran. Apatah lagi apabila “KITAB” lain ingin di buat perbandingan.

    Contoh:
    1. Mereka pertikai apabila disebutkan, Allah S.W.T, berada DIATAS ARASH semasa Dunia dijadikan.

    Jika Kita belajar Ilmu Tauhid, sememangnya Allah tidak memerlukan tempat. Akan tetapi itulah BAHASA Al-quran, Dan Kita sebagai Umat Islam, dilarang mengubahnya! Pendekatan terbaik yang mampu digunapakai adalah membenarkan segala yang LAYAK bagi NYA! Dan segalanya diserah kembali kepadaNYA.

    Contoh 2.
    Mereka sukar menerima apabila seeing jari TELUNJUK menunjukkan kearah langit apabila nama ALLAH S.W.T, disebut.

    Sedangkan didalam Al-quran, memang ada menyebutkan Bahawa “KERAJA’AN ALLAH S.W.T” berada dilangit.

    Kesimpulannya, Bahawa segala yang tersebut didalam Al-quran it adalah KEBENARAN belaka, yang didatangkan olehNYA. Sedangkan Kita sebagai Umat Islam amat Mengetahui Bahawa ALLAH S.W.T, MAHA SUCI, Jadi segalanya Kita pulangkan kembali kepadaNYA. Kita hanya perlu menjaga IMAN Dan AMAL Kita.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén