Portal berita terbaik anda

Utama

Kita tak suruh boikot, kita suruh dahulukan produk Bumiputera

Kalau nak kata pasal #BMBF (Buy Muslim Bumiputera First), kita sebenarnya hanya ajak orang Melayu untuk belajar buat ‘preference’.

Dan saya tak nampak apa masalahnya dengan ‘preference’?

Eh sebagai pembeli suka hati kita lah duit kita.

Kalau pun nak sembang supply-chain bagai, konon dengan #bmbf akan menyusahkan peruncit atau kilang Melayu sebab akan menyebabkan pemborong dan pengedar tak nak supply barang kepada orang Melayu sekian-sekian..

Rasanya dengan ledakan digital ni, benda dah berubah. Kalau dulu peniaga Melayu nak beli cili atau kentang, dia tak ada pilihan selain ambil dekat pemborong tempatan, tapi hari ni dia sebenarnya dah boleh beli direct dari China atau India hanya dengan deal dekat WeChat atau Alibaba, dunia dah jadi ‘borderless’.

Itu belum cerita pasal ‘supply and demand curve’ lagi.

Cumanya yang saya hairan, bila ada #BMBF kau risau.

Kononnya akan jadi ‘distruptive’, kacau ketenangan supply and demand siap quote pasal khabar angin sebuah pasaraya kena boikot di Pahang, apa akan jadi pada pekerja-pekerja Melayunya? Tak kesian ke?

Ni nak tanya, ni yang Go-Jek nak masuk ni, sebuah SuperApps yang akan ‘usik’ hampir kesemua local apps yang berkaitan dengan transportation apps macam Dego, MatDespatch, Karhoo dsbnya..

Malah sudah pasti akan merebak lebih dari itu, local services apps ataupun apa-apa marketplace macam kaodim, GoGet, The Lorry, Servis Hero, mudah.my, lelong dsbnya semuanya pasti akan terkesan.

Tak masuk lagi logistik company macam Pos Malaysia, GDEX. Ribuan pekerja, silap-silap berpuluh ribu akan terkesan, takkan diaorang ni takde pekerja Melayu ye dak?

Dah masuk hari ke-5 dah announce pasal Go-Jek ni.

Senyap je saya tengok.

Terakhir, kalau nak cerita pasal boikot² ni..

Dulu 2012, ada golongan yang memang terang-terangan boikot Gardenia, buat smear campaign, Gardenia dah jadi syarikat kroni.

Kononnya Gardenia ni dah jadi company roti ‘Bumiputera dan pro Bumiputera bagai.

Hanya semata-mata sebab lepas PadiBeras (Syed Bukhari) take over sebahagian saham Gardenia dan buat keputusan beli tepung buat roti jenama berkenaan dari MFM instead of FFM (Robert Kuok).

Mengamuk bukan main, siap sembang bodoh kita kena simpati dengan Robert Kuok kononnya dia yang bagi subsidi gula, minyak dan tepung yang kita guna, walhal satu dunia tahu kerajaan yang bayar subsidi.

Tak dengar pula ada orang kata apa-apa.

Walhal yang tu terang-terangan boikot based on race dan affiliation on politics.

Ni kita baru sembang ‘preference’ dah meloncat apakes?

Sumber: Khairul Azri

Loading...

Leave a Reply