Portal berita terbaik anda

Politik

Kit Siang paling layak jadi menteri – Guan Eng

PETALING JAYA – Penasihat DAP, Lim Kit Siang merupakan pemimpin parti yang paling layak menjadi menteri, kata Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

Guan Eng yang juga Menteri Kewangan berkata, Kit Siang merupakan anggota veteran parti yang paling berjasa dan banyak berkorban sepanjang beliau berkhidmat lebih 50 tahun dalam DAP.

“Beliau (Kit Siang) berjuang bertahun-tahun untuk parti, menghadapi banyak pendakwaan dan penganiayaan, keluar masuk penjara dan sudah dua kali kena ISA ( Akta Keselamatan Dalam Negeri) kerana politik.

“Saya yakin semua ahli pun bersetuju, Lim Kit Siang merupakan orang paling layak jadi menteri kerana perjuangan beliau, tetapi sayang beliau tolak untuk beri laluan kepada pemimpin muda,” katanya ketika berucap di Konvesyen DAP Selangor di sini hari ini. – BERNAMA

Loading...

Leave a Reply