Portal berita terbaik anda

Viral

Kisah nenek tua minta tudung ganti plastik di kepala buat netizen sebak

Sebak rasanya membaca perkongsian Raja Shamri menerusi akaun Facebooknya mengenai seorang makcik tua yang meminta tudung daripada pasukan sukarelawan yang datang membantu mangsa banjir di Kelantan, semalam.

Dek kerana kemusnahan harta benda akibat bencana itu, makcik yang menggunakan tongkat itu hanya menggunakan plastik untuk menutup kepalanya.

Menerusi laporan penuh The Rakyat Post, salah seorang sukarelawan, Nik Zahrinawati Nik Zahari memberitahu makcik  itu pada mulanya melambai ke arah pasukan sukarelawan.

Selepas didekati, dia terus meminta sehelai tudung bagi menggantikan plastik di kepalanya.

“Benda pertama yang makcik itu minta ialah tudung. Kami ambil tudung dan bagi pada dia, dia terus buka plastik (yang disarung di kepala) dan pakai. Saya tidak tahan, nangis di situ juga.

“Barang yang paling dia minta ialah tudung, kain sarung. Sebab dia kata, kain yang dia pakai dah seminggu dan sudah kena air kencing dan dia juga minta telekung.

“Paling akhir dia minta, ayat dia kalau ada sebutir dua beras, berilah dan kami bagi pada dia,” ceritanya.

Menurut Nik Zahrinawati lagi, makcik itu baru sahaja dibawa turun dari kawasan bukit di Kampung Karangan, Kuala Krai, petang semalam.

Bayangkan betapa berusahanya makcik menjaga aurat dan ibadahnya walaupun dalam keadaan sukar seperti itu.

Semoga makcik ini dan mangsa banjir yang lain diberikan ketabahan dalam menghadapi musibah besar ini. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Leave a Reply