Khazanah bakal jual Legoland Malaysia dengan nilai RM1 bilion

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) kini sedang mempertimbangkan cadangan untuk menjual Legoland Malaysia Resort.

Portal dalam talian, Bloomberg memetik sumber sebagai berkata, taman tema berkenaan dianggarkan bernilai RM1 bilion termasuk hutang yang dimiliki.

Kata sumber, Khazanah sedang mempertimbangkan potensi penjualan berkenaan sebagai sebahagian daripada kajian semula ke atas aset bukan terasnya.

Tambah sumber itu lagi, keputusan muktamad belum dibuat dan ada kemungkinan Khazanah mengekalkan aset itu.

Legoland Malaysia Resort yang terletak di Johor dimiliki Khazanah dan dikendalikan Merlin Entertainments Plc.

Taman tema Lego pertama di Asia itu dibuka pada 15 September 2012. – UTUSAN ONLINE

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *