Portal berita terbaik anda

Politik

Khalid tidak dipedulikan, Najib pula dikerumuni penduduk

LIPIS – Hajat Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad untuk mendapat perhatian tidak kesampaian apabila beliau tidak dipedulikan oleh penduduk Sungai Koyan dan media yang hadir usai bersolat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah, di sini tengah hari tadi.

Peristiwa memalukan ini berjaya dirakamkan oleh netizen yang hadir untuk bersolat di masjid yang sama. Di dalam video itu Khalid yang berbaju Melayu merah kelihatan sedang kesipuan dan malu-malu ketika beredar keluar dari masjid.

Manakala bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pula dilihat sedang dikerumuni oleh penduduk bersama-sama dengan media yang ingin mendapatkan liputan.

Sementara di Facebook, Najib telah memuat naik status berunsur usikan terhadap Khalid yang berbunyi “Oh, sebelah kiri saya ini tauke Harapan Coin. Hari itu terpegun naik MRT. Jangan dia terkejut Cameron ada strawberi sudah lah”

Solat Jumaat tadi diimamkan oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dalam khutbahnya, Tuan Ibrahim menegaskan kepentingan isu perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam iaitu bersatu padu atas satu ukhuwah Islam.

Loading...

Leave a Reply