Mengapa Khabib menyerang jurulatih McGregor di UFC 229?

0
2346

Perlawanan Ultimate Fighting Championship (UFC) paling dinanti-nantikan oleh peminat antara Conor McGregor dan Khabib Nurmagomedov baharu sahaja berlangsung sebentar tadi. Kemenangan berpihak kepada Khabib dengan submission terhadap Conor.

Namun kemenangan berkenaan sedikit tercemar kerana sebaik sahaja tamat perlawanan ini, beliau bertindak keluar gelanggang dan menyerang seorang jurulatih dari pasukan Conor.

Tindakan ‘berani mati’ beliau itu kemudiannya membuatkan seluruh dewan semakin panas.

Keputusan perlawanan antara Khabib dan Mcgregor

Mengapa Khabib bertindak sedemikian?

Khabib ada sebabnya yang tersendiri. Sebelum mula perlawanan lagi, pihak McGregor membuat pelbagai provokasi terhadap Khabib dan selama ini, beliau hanya berdiam diri.

Khabib adalah seorang fighter yang tidak banyak bercakap dan jenis membiarkan keputusan perlawanan bercakap untuknya.

Provokasi yang dibuat termasuklah terhadap keluarga dan agamanya. Khabib adalah seorang Muslim dan beliau tidak suka apabila ada yang menyentuh tentang dua perkara ini.

Tetapi mengetahui sikap Conor, beliau menggunakan apa sahaja isu untuk buat lawan beliau marah dan ‘koyak’ sebelum perlawanan bermula.

Ini termasuklah ketika sidang media sebelum perlawanan ini bulan lalu di mana McGregor menawarkan arak kepada Khabib dan Khabib menolak secara baik.

Bulan April lalu, McGregor turut ditahan pihak berkuasa kerana menyerang bas yang dinaiki Khabib sebagai provokasi awal sebelum perlawanan sebenar yang berlangsung tadi.

Ketika ini, Khabib adalah fighter yang mempunyai rekod 27 kemenangan tanpa kalah dan Conor merupakan ‘mangsa’ terbaru beliau.

Namun tindakan Khabib ini tidak disokong 100 peratus oleh peminat dan rakan yang turut sama dalam sukan ini.

Emil Meek berkata perbuatan Khabib ini mencemarkan nama UFC. Beliau boleh menjadi seorang pemenang yang hebat tetapi insiden ini bakal menyebabkan reputasi beliau tercalar.

Pengerusi UFC, Dana White juga tidak mahu menyerahkan tali pinggang kejuaraan kepada Khabib selepas apa yang berlaku.

“Jika saya terus memberikan anda tali pinggang ini, penonton akan membaling barangan ke dalam gelanggang ini,” kata Dana sewaktu di atas pentas sebentar tadi.

McGregor memang tidak langsung melawan ketika perlawanan tadi. Dari segi mental pula, beliau menang kerana Khabib kalah terhadap provokasi dari luar.

Apakah nasib Khabib selepas ini? Adakah beliau akan dapat terus bertarung di UFC? Kita nantikan perkembangan lanjut tentang perlawanan ini.

Apa pun, tahniah Khabib atas perlawanan yang hebat sebentar tadi!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here