Ketua Wanita UMNO Sabah akhirnya sertai WARISAN

0
421

SANDAKAN – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri Sabah, Datuk Armani Mahiruddin mengambil keputusan meletak jawatan dalam parti untuk menyokong penuh Parti Warisan Sabah (Warisan) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Selain itu, beliau turut melepaskan jawatannya sebagai Exco Wanita UMNO Malaysia, Ketua Wanita UMNO Bahagian Libaran dan Ketua Cawangan UMNO Merpati Permai Libaran.

Turut mengikut langkah beliau menyertai Warisan ialah 200 ahli pergerakan parti tersebut.

Armani berkata, keputusan itu diambil selepas memikirkan tiada hala tuju dalam UMNO.

“Kami menyertai Warisan sebagai ahli biasa kerana keutamaan kami adalah untuk menyokong perjuangan Datuk Seri Mohd. Shafie yang ingin memastikan nasib rakyat Sabah terus dibela,” katanya hari ini. – K! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here