Ketua Pemuda PAN meninggal dunia di usia 34 tahun

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Shazni Munir Mohd Ithnin meninggal dunia sebentar tadi.

Perkara itu diumumkan oleh PAN dalam media sosial rasminya sebentar tadi.

“Mohon doa dan sokongan daripada semua agar keluarga beliau kuat lalui ujian ini,” kata Setiausaha Pemuda PAN ‘Asim ‘Abdullah.

Pada 24 Julai lalu Shazni, 34, kritikal setelah dijangkiti Covid-19 pada pertengahan bulan itu.

Allahyarham yang juga ketua Pemuda PH meninggalkan tiga orang anak dan seorang balu.

Loading...

Leave a Reply