Portal berita terbaik anda

Nahas & Bencana

Ketua jururawat maut kereta langgar tiang elektrik

PERJALANAN ketua jururawat Hospital Tanjong Karang (HTK) ke tempat kerja berakhir tragedi apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 5 Jalan Tanjong Karang – Rawang, hari ini.

Dalam kejadian 7.45 pagi itu, Sarimah @ Rahimah Ramly, 40, meninggal dunia selepas Toyota Vios dipandu hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tiang elektrik di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari rumah di Bestari Jaya menuju ke HTK.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tiang elektrik di tepi jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah dibawa ke HTK,” katanya ketika dihubungi.

Ramli berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada 9.13 pagi semasa menerima rawatan di wad kecemasan HTK.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Loading...

1 Comment

  1. Dr.Haji Rajiee Hadi.

    Takziah

    Al-Fatihah

Leave a Reply