Ketua JPJKK Pulau Pinang, Zundin Mahmood meninggal dunia

GEORGE TOWN – Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zundin Mahmood meninggal dunia pada Sabtu di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana jangkitan paru-paru.

Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang, Zundin, 59, meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP kira-kira jam 4.40 petang.

“Seluruh warga PDRM terutama kontinjen Pulau Pinang menzahirkan salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham Zundin yang telah kembali ke rahmatullah hari ini,” menurut kenyataan itu malam ini.

Bekas Ketua Polis Temerloh itu dikenali sebagai seorang yang dermawan dan pernah mendermakan 40 naskhah al-Quran kepada masjid dan surau selepas banjir besar di Pahang pada 2014.

Jenazah Zundin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda di Kuala Lumpur.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..

Loading...

Leave a Reply