Kes Adam Adli: UPSI batal gantung pengajian 5 tahun

0
2502

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) telah membatalkan penggantungan pengajian selama lima tahun terhadap aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim.

Ini selepas Mahkamah Rayuan membebaskannya daripada tuduhan menghasut berhubung ucapan yang dibuat Adam beberapa hari selepas BN menang pada pilihan raya umum ke-13 pada 2013.

UPSI, dalam surat kepada Adam Adli, berkata pihak universiti telah dimaklumkan Pejabat Peguam Negara bahawa mahkamah telah membersihkannya dari salah laku.

“Sehubungan itu, saudara dengan ini dilepaskan daripada pergantungan tersebut dan dibenarkan untuk menyambung pengajian di universiti ini mulai 10 September 2018,” tulis surat itu.

Adam berkongsi surat itu pada hantaran Facebook berkata:

“Belum buat keputusan lagi. Doakan yang baik-baik.”

Adam digantung pengajian di universiti pada 6 September 2013, berikutan pertuduhan hasutan di mahkamah itu.

Sebelum penggantungannya, Adam Adli memimpin bantahan pelajar mengenai pelbagai isu termasuk Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here