Kereta api laju pertama India bertembung lembu

NEW DELHI: Kereta api separuh laju pertama India tidak berfungsi hari ini selepas bertembung dengan seekor lembu di atas landasan, sehari selepas Perdana Menteri Narendra Modi melancarkan perkhidmatan penumpang baru itu.

Kereta Api Ekpress Vande Bharat, yang dianggap sebagai kereta api paling laju di India dan dibina di bawah program ‘Make in India’ kerajaan pimpinan Modi, membuat perjalanan pertama semalam dari New Delhi ke bandar raya Varanasi.

Dalam dalam perjalanan pulang ke bandar raya itu hari berikutnya, pertembungan dengan lembu mengganggu bekalan elektrik kepada empat gerabak dan merosakkan sistem brek, menurut Indian Railways.

“Kereta api itu kemudian mengalami isu teknikal dan terkandas dalam perjalanan ke New Delhi,” kata jurucakap syarikat itu, Smita Vats Sharma.

Kereta api itu tiba dengan selamat di ibu kota India berkenaan menjelang perjalanan komersil pertamanya esok.

Kehadiran lembu di jalan raya dan landasan kereta api adalah perkara biasa di India, terutama di negeri Uttar Pradesh, lokasi kemalangan berlaku.

Sejak memegang kerajaan, parti nasionalis pimpinan Modi melancarkan gerakan membasmi penyembelihan lembu yang dianggap suci oleh penganut Hindu, dan membawa kepada peningkatan jumlah haiwan itu di negeri berkenaan. — AFP

Loading...
Published
Categorized as Dunia

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *