‘Kerana Domino’s Pizza, tak pasal-pasal aku kena siasat polis’ – Zacky Khairudean

SEORANG lelaki mengalami satu peristiwa yang mungkin tidak dapat dilupakan dalam hidupnya apabila disoal siat oleh pihak polis lebih satu jam kerana membuat pesanan pizza menggunakan voucher yang dibelinya di platform e-dagang terkemuka, baru-baru ini.

Menurut Zacky Khairudean, dia terkejut apabila menerima panggilan telefon dari pihak polis berpangkat sarjan yang mengatakan dirinya terlibat dalam jenayah komersil.

Ikuti perkongsian beliau di bawah:

Pasal Domino’s Pizza, aku kena soal siasat polis

Aku beli voucher Domino’s kat Shopee. Diorang ada official store, jual 1 regular pizza RM9.90. Then aku jumpa seller jual voucher RM5, so memang la cari yang murah lagi berbaloi. Dah nak dekat hujung tahun nie, banyak kelab/persatuan sekolah nak buat jamuan akhir tahun. So aku beli bulk.

Last week member aku nak order pizza, katanya untuk jamuan kelab petanque. So 22.9.19 (Ahad) aku tolong buatkan order untuk 10 set pakai voucher yang aku beli kat Shopee. Mind you I used these codes for each code:
– 1x regular pizza (courtesy of the voucher)
– 1x personal pizza (courtesy of WQF1B)
– 1x garlic twisty bread (courtesy of email feedback)
– 2x icing dipping (nak cukupkan order minimum RM1)

So 10 order pickup pukul 2.30 petang. Macam ok. Aku balik ambil anak then sampai je rumah pukul 3 petang member aku call “Zack, macam ada problem je order nie”. Aku ingatkan order tak masuk, so aku check order history semua ada.

Then aku terima panggilan dari seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Sarjan dari Unit Jenayah Komersial (rasa macam jantung nak gugur masa tu) dan minta aku untuk datang jumpa dia.

Aku tanya jumpa kat mana? Dia kata sama ada kat balai atau kat Domino’s.

Aku cakap la jumpa kat Domino’s. Nak juga tahu kes apa teruk sangat sampai libatkan polis pulak.

So, tinggalkan la dulu lauk wife masak yang tak sempat nak makan lagi, then bagitau si kecil Faris suruh ikut abah keluar balik (sebab takde sesiapa kat rumah). Call wife cakap suruh singgah Domino’s dan jemput anak.

Sampai je kat Domino’s, nampak macam 3 staf polis menunggu. So bermulalah 1 jam interrogation dari pihak polis dengan kehadiran wakil Domino’s HQ dari Batu Pahat dan manager branch (yang buat report).

Pertuduhan diorang ialah aku buat order pakai hack/glitch untuk dapat order murah. So aku terpaksa la tunjukkan step yang aku pakai dalam handphone on the spot. Diorang siap ambil video lagi.

Rupanya, masa pagi aku buat order tu, no problem, memang semua order aku berjaya.

Tetapi, bila aku buat depan diorang, sistem dia tunjukkan error, kononnya nak guna late delivery voucher tu, kena ada pembelian minima 1 personal pizza. Diorang tanya, mcmana aku boleh lepas order tu?

So aku cakap jer la. Sistem Domino’s is WEAK/LEMAH/OUTDATED. Aku tak perlu modify apa-apa pun, dah memang pun boleh. Cuma bila hari tu order aku kena report oleh branch manager, baru sistem admin diorang modify.

How I know this?

Sebab notification error yang keluar tu sendiri salah. Tertera kat skrin (Sorry, you need a minimum order of LARGE pizza to proceed) – lebih kurang macam tu la. So aku tunjukkan kat branch manager “eh, tadi you cakap voucher nie kena ada minimum personal pizza, apesal yang nie tulis large pulak?”

So siapa yang silap? Manager atau sistem?

Siapa yang benarkan penjualan voucher tu kat Shopee? Aku ke?

Siapa yang tak ikut protokol pembelian voucher yang tulis “mesti serahkan kod semasa pengambilan pizza”.  Salah aku ke staff korang tak pernah mintak aku voucher tu?

Siapa yang lupa nak disable kod WQF1B (percuma 1 personal pizza)? Salah aku ke pakai kod tu?

Siapa yang salah kira harga untuk kod CL1903 (harga sistem RM23++ tapi kat resit keluar RM18++)? Salah customer ke kalau diorang pakai kod tu jugak?

So dengan ini, rasminya aku quit dari masuk mana-mana restoran Domino’s.
Aku quit dari join group whatsapp/telegram Domino’s.
Aku quit dari thread-thread forum Domino’s.
Aku quit dari FB Domino’s.

Mungkin korang rugi 1 customer, aku tak kisah.

Ada hikmah juga, boleh slim diet makan makanan yang lebih sihat dan selamat. Terkilan je.

Nombor contact aku ada pada Domino’s. Aku buat order awal pagi pukul 10 pagi, kedai pun dah buka. Tapi bukan nak cuba call pun. Tau-tau terus report pada pihak polis, pastu ambush aku pukul 3 petang.

Member aku pun malu. Dah la tak dapat order pizza untuk jamuan kelab dia, kena tahan lagi. Allah jerla tahu perasaan aku masa tu.

Apa-apa pun, terima kasih pada Unit Jenayah Komersil yang hadir masa tu. Mereka memang profesional, dan ramah. Aku dah jelaskan semua yang aku tahu, dan siap bagi banyak contoh-contoh untuk buktikan aku tak bersalah.

Akhir pertemuan, Domino’s tak jadi untuk report, so tak ada kes untuk difailkan. Mereka kata nak buat siasatan dalaman pula.

Rakan-rakan aku pun tahu aku banyak tolong mereka. Aku tak ambil sesen pun untung. Aku setkan order dan mereka sendiri pergi dan bayar sendiri. So maaf in advanced, aku takkan buatkan order Domino’s dah lepas nie.

Order Domino’s pakai voucher
Domino’s laporkan pihak polis
Order murah sangat sampai trigger

Ini cuma sebahagian rekod order kawan tempat kerja. Tolong orderkan, pastu diorang sendiri bayar cash kat kaunter. Tak ambil upah pun.
Uols tanya kenape buat nie? Minat kot. Seronok bila buat extreme coupon, and the reward is when kawan-kawan cakap “TQ Zack, memang murah!”
So Domino’s Pizza Malaysia, aku secara tak langsung dah promote bisnes kau since 2016. You’re welcome.

Loading...

One Response

  1. Mohd Zaidi Bin Ismail September 27, 2019

Leave a Reply