Portal berita terbaik anda

Utama

Kerajaan umum RM100 bantuan kepada semua penuntut IPT

PUTRAJAYA – Penuntut warganegara di institusi pengajian tinggi (IPT) bakal menerima bantuan sebanyak RM100 menerusi Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT), Mac ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan, bantuan tersebut akan disalurkan menggunakan mekanisme sedia ada iaitu kad debit Bank Rakyat, yang merupakan penambahbaikan daripada sistem baucar buku sebelum ini.

“Bantuan ini dijangka memanfaatkan 1.2 juta pelajar berdasarkan pangkalan data yang lama dan akan melibatkan peruntukan sebanyak RM120 Juta.

“Keputusan ini telah dibuat berdasarkan cadangan Kementerian Pendidikan untuk mengurangkan beban kewangan pelajar di peringkat IPT,” katanya.

Mengulas lanjut kenyataan itu memaklumkan, perincian pelaksanaan BPPT 2019 dan kriteria kelayakan penerima akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan kelak.

Penyaluran bantuan tersebut dibuat selaras pengumuman kerajaan pada 20 Febuari lalu untuk memberi Bantuan Sara Hidup sebanyak RM100 kepada golongan bujang dalam memberi lebih perhatian kepada usaha membantu rakyat menangani beban kos sara hidup. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply