Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Kerajaan tak jadi laksana program subsidi petrol

PROGRAM Subsidi Petrol (PSP) yang dijadualkan bermula Januari 2020, ditangguhkan ke satu masa yang akan diumumkan kemudian, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet pada 18 Disember lalu.

Sehubungan itu, katanya, rakyat akan terus menikmati harga petrol berdasarkan sistem sedia ada sementara menunggu pengesahan pelaksanaan program itu diumumkan.

“Sesi penerangan dan penjelasan diteruskan dengan tujuan memberi kefahaman dan

mempersiapkan rakyat menerima pelaksanaan program PSP ini.

“Proses pendaftaran penerima daripada kelompok M40 yang akan dikendalikan oleh

Kementerian Kewangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Saifuddin berkata, kerajaan memperuntukkan RM 2.4 bilion bagi PSP dalam Belanjawan 2020 dengan jumlah penerima manfaat seramai lapan juta orang daripada kelompok B40 dan M40.

Pada 7 Oktober lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PSP bermula Januari 2020 sesuai dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén