Portal berita terbaik anda

Utama

Kerajaan setuju lanjutkan rayuan BPN sehingga 31 Mei

Kerajaan melanjutkan proses rayuan Bantuan Prihatian Nasional (BPN) bagi membolehkan mereka yang layak tetapi tidak menerima bantuan berkenaan agar membuat rayuan sehingga 31 Mei.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau mendengar keluhan rakyat yang kecewa apabila permohonan mereka ditolak.

Beliau berkata, ada antara mereka yang kehilangan kerja, namun gagal mendapat bantuan berkenaan.

“Mengambil kira semua perkara ini, YB menteri kewangan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei 2020.

“Selain menghantar emel, para pemohon yang mana permohonan mereka tidak diluluskan boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat rayuan bermula hari Isnin 11 Mei 2020.

“Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan. Tetapi mana- mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, insya-Allah boleh diluluskan,” katanya ketika menyampaikan perutusan yang disiarkan di TV1, hari ini.

Loading...

Leave a Reply